ISI DAN KETERANGAN
Allah SWT.
Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana menjadikan alam dan segala isi kandungannya
untuk dimanfaatkan oleh manusia. Segala makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT.
dalam alam ini mengikut ketentuan-Nya yang tidak boleh ditafsir oleh manusia.
Semua alam cakerawala yang ada di langit dan segala makhuk yang terdapat di
bumi dijadikan untuk membantu manusia menjalankan aktiviti dalam kehidupan
harian. Kejadian alam merupakan ketetapan Allah SWT yang azali. Ia merupakan
anugerah-Nya kepada semua makhluk yang hidup di bumi ini. Kejadian alam
terbahagi kepada dua iaitu kejadian alam di bumi dan kejadian alam cakerawala.
Salah satu
tanda kekuasaan Allah SWT. ialah kejadian bumi dan segala isi kandungannya.
Semua yang dijadikan oleh Allah adalah untuk manusia mengambil manfaat bagi
menyempurnakan kehidupan mereka di bumi. Antara hikmah-hikmah kejadian bumi
termasuklah sebagai tempat kediaman manusia, membuktikan kekuasaan Allah,
sebagai tempat ujian kepada manusia terhadap amalan yang dilakukan, dan supaya
manusia insaf bahawa kehidupan di bumi ini adalah sementara untuk menunggu ke
alam yang kekal abadi (alam akhirat).
”Dialah
(Allah SWT. ) yang menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari”.
Allah SWT.
menjadikan bentuk muka bumi yang berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat
yang lain.Perbezaan ini mempengaruhi beberapa aktiviti kehidupan manusia dalam
beberapa aspek. Allah menjadikan bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, laut,
tumbuhtumbuhan, dan lain-lain untuk menjadi bahan bantu kepada manusia
menjalani kehidupan di bumi ini. Hikmat-hikmat kejadian tersebut ialah
membuktikan kekuasaan dan keagongan Allah, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah, manakala bukit dan gunung merupakan pasak bumi yang meneguhkan
kedudukan bumi. Oleh itu, Allah SWT. telah menganugerahkan akal fikiran dan
ilmu pengetahuan kepada manusia supaya manusia berusaha mencari rahsia-rahsia
yang terdapat di bumi untuk dimanfaatkan dalam kehidupan harian. Hasil daripada
penyelidikan dan kajian yang dilakukan, manusia berjaya menemui berbagai-bagai
bahan galian yang berharga dan bermutu tinggi dan ianya penting kepada
pembangunan umat manusia seperti hasil dari tanaman dan dari laut.
Kejadian
seterusnya ialah kejadian air. Air merupakan sumber yang amat penting kepada
semua kehidupan di muka bumi ini. Tanpa air, semua makhluk tidak boleh
meneruskan kehidupan. Air hujan yang turun dari langit membasahi bumi dan
menyuburkan tanah-tanih yang sesuai dengan pelbagai jenis tanaman. Dengan
adanya air, binatang dan tumbuhtumbuhan dapat membiak dengan baik. Semua ini
menghasilkan sesuatu yang lumayan kepada manusia. Allah SWT. Maha Berkuasa
menjadikan air hujan yang turun dari langit. Kejadian hujan bermula apabila
wap-wap air dari laut atau sungai tersejat dan berkumpul membentuk kumpulan
awan. Apabila kumpulan awan telah sejuk dan berat, ia akan gugur ke bumi
sebagai hujan. Memandangkan air amat berharga kepada kita, maka kita hendaklah
bertanggungjawab menggunakan air dengan sebaik-baiknya, misalnya
berjimat-cermat menggunakan air, tidak mencemarkan air dengan bahan beracun,
tidak membuang sampahsarap ke dalam sungai, dan sebagainya.
Kejadian
tumbuh-tumbuhan juga menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Tumbuh-tumbuhan yang
beraneka jenis yang terdapat di bumi ini adalah untuk memberi kesenangan kepada
manusia di samping memperoleh beberapa manfaat untuk memenuhi keperluan hidup
manusia. Tumbuh-tumbuhan dan tanaman merupakan penyempurnaan kepada kehidupan
manusia dan lain-lain makhluk Allah. Dengan itu, manusia dan binatang
memperoleh makanan yang sangat penting untukmeneruskan hayat di bumi ini. Hasil
tanaman juga merupakan sesuatu sumber yang penting kepada pembangunan sesebuah
negara. Ia juga penting kepada keindahan alam sekitar. Tumbuhan ini juga
penting untuk menghalang daripada terjadinya hakisan dan tanah runtuh yang
mengancam manusia. Suhu yang panas juga dapat dikurangkan dengan adanya
tumbuhan kerana ia menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen.
Manusia dapat mengeksploitasi tumbuhan sebagai bahan makanan, dan pelbagai
jenis ubat diperoleh daripadanya. Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga
tumbuh-tumbuhan daripada dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya. Sekiranya
perbuatan tersebut dibiarkan, segala manfaat daripada tumbuh-tumbuhan tidak
dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Kemudian,
Allah menjadikan berbagai-bagai jenis binatang yang terdiri daripada ternakan
dan bukan ternakan. Kejadian ini juga membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah
SWT. Binatang-binatang ternakan (an’am) yang terdiri daripada kambing,
biri-biri, lembu, kerbau, unta dan sebagainya mendatangkan faedah yang besar
kepada manusia. Allah telah berfirman dalam Surah An-Nahl, ayat 5 yang
bermaksud”Dan binatang ternakan itu, Dia jadikan buat kamu dan kamu mendapat
(pakaian) kehangatan dan banyak manfaat dan dagingnya dapat kamu makan”. Semua
ternakan yang halal boleh dimakan dagingnya, kulitnya pula dijadikan untuk
kegunaan manusia. Bagi binatang yang tidak halal dimakan, manusia boleh
mengambil kulitnya untuk dijadikan pakaian dan barang-barang perhiasan setelah disamak.
Ternakan juga boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang dan hasil
pertanian dari satu tempat ke tempat yang lain. Ternakan juga dapat
mengeluarkan hasil yang besar kepada sesebuah negara jika diternak secara
komersial. Segala kejadian dari Allah SWT. merupakan kurniaan rezeki kepada
manusia. Oleh sebab itu, kita hendaklah menyayangi binatang peliharaan untuk
kebaikan bersama. Kita dilarang menganiayai atau mencederakan binatang kerana
binatang sangat berguna kepada manusia.
Akhirnya
kejadian air laut yang masin dan air sungai yang tawar membuktikan
kebijaksanaan dan ketinggian ilmu Allah SWT. jika dibandingkan dengan manusia.
Hal ini telah dijelaskan oleh-Nya dengan terang sebagaimana yang dinyatakan di
dalam firman-Nya yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran dalam Surah
Ar-Rahman ayat 19-20 yang bermaksud,
”Dia
kirimkan dua macam laut (masin dan tawar) yang bertemu kedua-duanya ada dinding
(sehingga) tiada bercampur kedua-duanya”.
Kejadian
laut dan segala hidupan di dalamnya merupakan rahmat kurniaan Allah kepada
manusia. Hal ini demikian kerana ia merupakan tempat untuk memperoleh sumber
rezeki. Beberapa buah negara di dunia telah menjadikan hasil tangkapan laut
sebagai sumber pendapatan individu dan negara. Oleh sebab itu, manusia hendaklah
menjaga laut dari sebarang pencemaran dan kotoran. Keadaan laut yang tercemar
menyebabkan segala hidupan di dalamnya akan mati.
Ulasan
Catat Ulasan