KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, semua kejadian alam yang terdapat di sekeliling kita adalah untuk kesenangan dan kesejahteraan hidup manusia.
Mengamalkan sifat wasatiah (sederhana) akan membawa kejayaan kepada seseorang. Pelajar hendaklah mengamalkannya sebagai dorongan ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik. Rahmat yang diperoleh daripada alam cakerawala sangat banyak.
Oleh sebab itu, kita hendaklah menjadi hamba yang bersyukur terhadap rahmat tersebut. Umat Islam hendaklah menjelajah ke beberapa tempat di dunia ini untuk melihat kelebihan ciptaan Allah bagi menambahkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Di samping itu, membuat pemerhatian dan berfikir tentang ciptaan Allah dapat menambah dan mengukuhkan keimanan kepada Allah. Sehubungan itu, memimpin manusia kembali ke akidah yang sahih dan kesatuan ummah menerusi pengabdian diri kepada Allah. Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada orang yang sentiasa bersyukur kepada-Nya…
Insya Allah…Amin…
Ulasan
Catat Ulasan